"Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri
dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno
Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.
Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.
Sementara itu, seorang jurucakap
Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak
salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.
"Tan Sri Muhyiddin masih
pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah
menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah
salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak
dinamakan.
Selain Kluang, Muhyiddin juga
bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib
semasa penggugurannya baru-baru ini.
Pegawai khas Muhyiddin juga sudah mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun tarikh dan tempatnya masih belum diputuskan lagi.
Sementara itu, Shafie juga akan
meneruskan programnya merasmikan Mesyuarat Sayap-Sayap Umno Bahagian
Hulu Selangor yang akan diadakan di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baru,
Selangor.
Seorang jurucakap bahagian itu mengesahkan program bersama Shafie akan diteruskan.
"Program bersama Datuk Seri
Shafie diteruskan, kami sudah buat persediaan sejak awal lagi dan tidak
baik jika batalkan saat akhir," kata sumber tersebut.
Katanya, langkah meneruskan
program tersebut tidak perlu dijadikan isu besar kerana keesokannya
Najib juga akan hadir untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu
Selangor.
" Tidak ada isu besar, bagi kami kedua-dua mereka masih pemimpin utama Umno," katanya.
Seorang pemerhati politik dan
juga ahli Umno, Shahbudin Husin menjangkakan sebarang program yang
dihadiri Muhyiddin dan Shafie bakal panas, kemungkinan episod sama
semasa ucapan perasmian bahagian Cheras bakal berulang.
Dalam mesyuarat Umno Cheras Ahad
lepas Muhyiddin mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), syarikat diasaskan Najib.
Spekulasi mengatakan Muhyiddin
dan Shafie yang turut lantang mengkritik 1MDB, digugurkan daripada
Kabinet disebabkan tindakan mereka itu.
"Sebarang program parti yang
dihadiri Muhyiddin dan Shafie pasti akan panas. Akar umbi pasti mahu
mendengar sendiri daripada mulut kedua-dua pemimpin yang tersingkir
daripada Kabinet Najib," katanya kepada The Malaysian Insider.
Shahbudin tidak menolak kedua-duanya akan terus mengkritik Najib, menambahkan perpecahan dalam Umno.
"Kalau semasa perasmian Umno Cheras sudah hangat, saya jangka ia pasti akan bertambah kontroversi selepas ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.