Governor Bank Negara
menjadi sasaran seterusnya
Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri,
Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti
Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati
dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Laporan tersebut menyebut ;
1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan
mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya.
2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya
menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran
Najib.
3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk
menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat
peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.
4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan
target untuk dijatuhkan.
5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca
kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber.
6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan
transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan
1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh
kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat
kepada media.
7. Perkara inilah yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti
tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu
berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya.
8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara
dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini
termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi.
9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank
negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam
mengambil atau membuat sebarang keputusan.
10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau
dilantik oleh agung semata2nya.
11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia
bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2
menjalankan prosesnya.
12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya
Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur.
13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk
memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan
air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan
anak2 Zeti.
14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang
sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank
dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan
Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk
menjayakan perjanjian perniagaan tersebut.
15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini.
16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti
dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti
dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut
diiktirafkan di pentas antarabangsa.
17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula
diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000.
18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi
pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara
terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada
tahun2 selepasnya.
19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan
kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan
terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog. Baca lagi amenoworld
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.