Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS.
Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan
seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini
menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka. Justeru merek
tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka.
"Saya kira tidak begitu, kita pilih
sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga
penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi
oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami
juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk..
"Kita tak boleh begitu. Tapi kami mengatakan kami akan terus memberi sokongan dengan maksudnya juga menyemak imbang. Kalau perlu
muhasabah, perlu kritik, kami akan lakukan, itu tanggungjawab kami
sebagai ahli yang bertanggungjawab," katanya kepada Antarapos.
Dalam pemilihan bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat, Dzulkefly gagal
mempertahankan kedudukannya, dengan majoriti yang berjaya menempatkan
diri dalam senarai 18 AJK Kerja PAS Pusat terdiri daripada golongan yang dilabel ulama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.