Followers

Thursday, June 4, 2015

Usaha lagakan saya dan PM tidak akan berjaya – Hishammuddin Adam Abu Bakar

 
najib,hisham

Hishammuddin juga tidak bersetuju dengan pendapat dan tohmahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin hilang kepercayaan ekoran kontroversi syarikat 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB).


KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein yakin usaha pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan dirinya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan berjaya.

Katanya, pada masa ini terdapat usaha dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memutar belitkan sesuatu perkara dengan tujuan dan niat tertentu.

Beliau mengambil contoh usaha yang sama dilakukan oleh pihak berkenaan dengan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan.

Sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Mereka yang cuba melaga-lagakan atau membawa isu saya dengan Perdana Menteri, percayalah ia tidak akan berjaya. Apa yang penting, kalau nak cakap pasal letak jawatan, Timbalan Perdana Menteri sudah letak jawatan semalam, tetapi tidak berlaku,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib melahirkan rasa tidak bersetuju dengan pendapat dan tohmahan bahawa rakyat kini semakin hilang kepercayaan kepada Najib ekoran kontroversi membabitkan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB).

Menurutnya, sesetengah pihak boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka untuk bersetuju atau tidak dalam perkara membabitkan 1MDB itu.

Namun kata beliau, dirinya tidak pernah untuk bersetuju dengan perkara tersebut.
“Saya tidak bersetuju, boleh ada yang setuju atau tidak, tetapi dalam isu ini (kepercayaan bahawa Najib semakin hilang sokongan), saya tidak bersetuju,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.