Followers

Tuesday, June 2, 2015

Sambutan besar-besaran untuk TPM di KLIA?

 
 
Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu kabinet supaya berundur jika tidak bersetuju dengan 1MDB, semua mata kini tertumpu kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam beberapa majlis, Muhyiddin menunjukkan perbezaan pandangannya terhadap ketuanya mengenai firma yang yang banyak berhutang itu, terbaru semasa pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno.

Dalam ucapannya daripada rakaman yang dibocorkan, timbalan perdana menteri itu menggesa kesemua lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat.

Muhyiddin juga mengeluh bahawa beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Najib tetapi tiada tindakan diambil.

Muhyiddin bercuti sejak 26 Mei lalu dan tidak hadir dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu di mana Najib mencadangkan supaya menteri yang tidak bersetuju perlu meletakkan jawatan.

Beliau akan pulang lawatan luar negara dan pengamat politik Umno Shahbudin Husin menjangkakan "majlis besar-besaran" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Sehubungan itu, kepulangan Muhyiddin daripada percutiannya pada petang ini  tidak dapat dielakkan daripada menjadi 'acara besar' yang menarik minat ramai, khususnya ahli Umno untuk mengetahui pendirian beliau yang sebenarnya," kata

"Di laman sosial dan grup WhatsApp, sejak semalam lagi sudah mula dihebahkan mengenai kepulangan Muhyiddin dari luar negara itu dan diminta mereka yang berkelapangan beramai-ramai menyambutnya.

"Pelbagai poster turut direka dengan tujuan memancing keinginan lebih ramai untuk bersama-sama melapangkan masa menyambut kepulangan pemimpin yang dianggap mampu menyelamatkan masa depan Umno dan BN itu," tulis Shahbudin dalam blognya.

Dalam blognya juga, Shahbudin mendakwa seorang pegawainya turut giat menghantar kiriman SMS kepada rakan dan penyokong Muhyiddin agar hadir beramai-ramai ke majlis itu.

Berdasarkan kempen menolak kepimpinan Najib ketika ini, penganalisis tersebut berkata tidak mustahil sambutan kepulangan pemimpin BN itu mendapat sambutan menggalakkan.

"Apakah Muhyiddin bakal membuat pengumuman penting di KLIA petang ini? Adakah petang ini akan tercetus babak baru dalam pergolakan Umno, khasnya hubungan antara Muhyiddin dengan Najib?

"Mungkinkah skala sambutan petang ini akan menentukan sama ada kata dua Najib itu disambut Muhyiddin atau sebaliknya?" soal Shahbudin.

Muhyiddin dijangka tiba di tanah air jam 9 malam ini.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.