Kadir Jasin dakwa Najib atau individu yang rapat dengannya akan melawat Anwar di hospital.
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu, akan digunakan untuk mengakui keburukan Dr Mahathir untuk menjadikan pertembungannya dengan Perdana Menteri lebih sensasi.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Anwar kini telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
“Saya yakin semua akan diatur sekiranya Anwar dibenarkan berehat di hospital, kemungkinan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya menerusi entri terbaru di blognya.
Kadir mengulas perkara itu susulan Anwar dibenarkan untuk mendapatkan rawatan susulan di HKL kerana didakwa semakin uzur dan mengalami masalah kesihatan.
“Sumber ‘tepi jalan’ saya memaklumkan Najib atau seseorang yang rapat dengannya akan melawat Anwar di hospital.
“Kita perhatikan adakah Anwar akan dibenarkan untuk melanjutkan tempoh rawatan di hospital,” katanya.
Beliau merujuk ‘sumber tepi jalan’ sebagai sindiran kepada Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor, yang mendakwa Kadir menulis berdasarkan sumber jalanan.
Kadir juga mengulas pertemuan Najib dengan Jho Low dan rakan sekutunya dari Abu Dhabi berkenaan arah tuju 1MDB.
“Hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Huzni Hanadzlah boleh mengesah atau menafikan perkara ini,” katanya.
Sebelum ini, syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS dilapor akan meminjamkan 1MDB sebanyak USD1 billion (RM3.6 bilion) untuk membayar hutang kepada konsortium bank yang diketuai Deutsche Bank.
Husni bagaimanapun menegaskan bayaran itu adalah transaksi perniagaan dan bukan pinjaman, hutang atau jaminan keluar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.