Keputusan itu bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada isu rakyat dan persediaan awal menghadapi pilihan raya.
PETALING JAYA: Pemilihan UMNO di yang sepatutnya diadakan tahun depan ditangguhkan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak
Katanya, penangguhan selama 18 bulan dari tarikh pemilihan asal dibuat mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti.
Perdana Menteri berkata, penangguhan itu melibatkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Katanya, penangguhan itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada keperluan rakyat selain memberi masa kepada UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“MT berpendapat penting untuk kita pentingkan rakyat, memberi tumpuan kepada keperluan rakyat sama ada di peringkat dasar atau akar umbi atau kerja yang sepatutnya kita lakukan.
“Ia juga supaya UMNO dan rakan-rakan BN mempunyai lebih masa untuk merancang untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di PWTC pada Jumaat.
Najib berkata, penangguhan itu bukan perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, keputusan penangguhan pemilihan perlu diberitahu lebih awal untuk mengelak pelbagai andaian di kalangan ahli parti di semua peringkat.
freemalaysiatoday.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.