Followers

Monday, June 29, 2015

Mengapa Annuar Musa tidak siasat skandal pembelian MARA lebih awal? Adam Abu Bakar

 
Annuar-Musa_Rafizi-Ramli-_mara_600

Rafizi Ramli mendakwa Tan Sri Annuar Musa sudah tahu skandal itu sejak beliau diberikan taklimat pada 20 Mei 2014 ketika melawat Australia.

SUNGAI BESI: Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Tan Seri Annuar Musa didakwa tahu lebih awal skandal pembelian hartanah Dudley International House oleh MARA Inc.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Annuar tahu perihal skandal pembelian itu ketika diberi taklimat pada 20 Mei 2014 ketika menyertai delegasi MARA ke Australia bersama Datuk Lan Allani.

Malah, dakwanya, Annuar juga menyedari tiga aset lain yang dibeli MARA yang terletak di 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan di 51 Queen Street.

“Datuk Lan Allani merupakan individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada Isnin.

“Mengapa Annuar tidak mengarahkan siasatan lebih awal sejak 2014 sewaktu beliau diberikan taklimat di Australia dan bukannya selepas ia didedahkan oleh akhbar Australia,” soalnya.

Selain itu, Annuar turut diminta menjelaskan mengapa pembelian hartanah Dudley International House, MARA Inc menubuhkan syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI).

“Jika maklumat yang hendak diperoleh dari Pulau Cayman adalah ketat, syarikat BVI lebih ketat.

“Mengapakah sebuah syarikat agensi kerajaan seperi MARA Inc menggunakan BVI, bukankah setiap transaksi yang dilakukan kerajaan harus didedahkan kepada umum,” kata Rafizi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pandan itu turut mempersoalkan mengapakah MARA Inc menggunakan lapisan syarikat di negara berbeza untuk memiliki hartanah ini.

“Bagi dua hartanah 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, MARA Inc menggunakan 3 lapisan syarikat di negara berbeza.

“333 Exhibition Street, hartanah dipegang melalui Powerwell Holding Limited, Carlton Garden Pte Lte dan Queville Pty Ltd.

“Manakala, 51 Queen Street dipegang melalui Vortex Holdings Limited, Marinn Property Pte Ltd dan Queville Pty Ltd,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.