Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud &
rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon
menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun
yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi
kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang
dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat
Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud,
sebentar sahaja lagi…
OPSSS bukan ni...Ni Rumah Rakyat Biasa Sarawak......Tgk Bawah ni.....Perbezaan 2 Darjat
Gambar Rumah James Jemut Masing
James Jemut Masing merupakan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau
merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). PRS merupakan parti
komponen Barisan Nasional dan James Jemut Masing Adun kawasan Balleh.
James Jemut Masing sekeluarga kini tinggal di rumah di atas sebidang
harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui.
Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya
yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu
membina dan mendiami kediaman sedemikian yang bernilai RM2 juta?
Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan.
Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud
Rumah Arip Bin Mahmud
Arip
Bin Mahmud merupakan pengarah dan pemegang utama saham syarikat
hartanah yang berpangkalan di California, Sakti International
Corporation. Antara adik-beradik yang paling dipercayai & merupakan
rakan kongsi utama.
Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud
Tufail
merupakan pemegang saham utama yang mengawal dan memilki KUmpulan
Sanyan yang merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Sarawak
bernilai USD400 juta yang aktif dalam perniagaan kayu. Beribu pejabat di
Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang tertinggi Sarawak.
Kadang-kadang
kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan
yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan
kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak
sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah
atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah.
Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu,
bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis.
Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di
Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa
yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima.
Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.
Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.