Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, agar tidak mengutip tol dari pengguna apabila berlaku kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan.
Saya sendiri terperangkap dalam kesesakan lalulintas dari Kuala Lumpur ke Ipoh pada 1hb Mei 2015.
Perjalanan sejauh 200 kilometer itu biasanya mengambil masa 2 jam.
Akan tetapi oleh kerana kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, perjalanan tersebut mengambil masa lebih 6 jam. Kesesakan yang luar biasa bermula sejak petang 30 April 2015 dan melibatkan ratusan ribu pengguna lebuh raya.
Saya mendapati bahawa pihak PLUS telah gagal mengambil tindakan pencegahan seperti tambahan lorong trafik ke utara, tambahan kaunter tol di plaza tol dan bantuan trafik di lebuh raya, memandangkan tarikh tersebut merupakan permulaan hari cuti yang panjang.
Memang tidak munasabah untuk pengguna lebuhraya menanggung tol apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal. Semasa kesesakan lalu lintas tersebut, PLUS telah gagal untuk membantu pengguna lebuh raya.
Saya mencadangkan supaya PLUS menetapkan kelancaran trafik di lebuh raya sebagai Piawaian Perkhidmatan dan diterima sebagai Piagam Pelanggan. Sekiranya piawaian tersebut tidak dipenuhi, tol mestilah percuma. *
Penulis adalah Ahli Parlimen Gopeng.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.