SATU persatu tabiat boros isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak berjaya
dibongkarkan. Kalau sebelum ini sistem kastam telah menunjukkan bahawa
Rosmah Mansor ada membeli cincin mewah "“Natural Fancy Blue Gray Cushion
Cut Diamond Ring", yang berharga USD 24.5 Juta (RM73 Juta).
Kali ini wartawan Free Malaysia Today telah mendapat pengesahan melalui
email daripada syarikat yahudi Jacob & Co’s bahawa harga gelang yang
dipakai oleh Rosmah lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta).
Gambar berikut menunjukkan Rosmah Mansor sedang bergaya dengan gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle].
Para pembaca yang dihormati sekalian, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perangai
buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila
Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana
tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat.
Duit rakyat dilakukan seperti duit bapak dia.
Bayangkan, RM1.65 Juta yang boleh digunakan untuk membina sebuah
sekolah, dihabiskan sekelip mata untuk membeli gelang Bik Mama. RM73
Juta yang boleh digunakan untuk manfaat beratus-ratus malah beribu
rakyat, dibelanjakan habis sekelip mata hanya untuk membeli cincin
permata mewah bik Mama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.