Followers

Friday, May 8, 2015

Susahnya 'Sigedebe' menerima hakikat!



Tak payah nak lihat kemampuan dari yang tak mampu........tetapi renungilah kekuatan yang mendabik dada mengatakan mampu.......

Dalam keadaan PR kucar-kacir dan berselerak-tak pun BN tidak mampu memenangi hati pengundi......kenapa pihak lawan pula dipersalahkan?

Ini menunjukkan rakyat tidak pandang kepada penguasa penindas dan cakap tak sama bikin (pembohong dan munafik)

Mereka seharusnya pandang dan menilai kemarahan rakyat! Sepatutnya mereka menerima pengajaran dari dua PRK ini dan menilai kembali tindak tanduk mereka dalam mentadbir negara bukan menjarah negara......

PKR menang hasil manipulasi – Zahid Faiz Zainudin | May 8, 2015 BN akan menangani segera isu-isu nasional yang ditimbulkan pembangkang supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat. Ahmad-Zahid-Hamidi_spr_bn_600

PETALING JAYA: Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akur dengan penolakan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Katanya, walaupun BN tewas, terdapat perubahan dari segi sokongan undi kepada parti itu.

“Tahniah dan syabas kepada pengundi-pengundi yang selama ini berstatus hitam kini telah mula memberi dokongan kepada Barisan Nasional.

“Ini adalah satu kemenangan moral BN di Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan sebaik keputusan diumumkan pada Khamis.

Di sebalik kemenangan PKR, Zahid mendakwa ia adalah hasil memanipulasi pembangkang terhadap isu nasional. “Isu-isu nasional yang dimanipulasi oleh pembangkang harus ditangani segera melalui penjelasan yang berkesan agar tidak menjadi barah dalam minda masyarakat,” katanya.

Katanya, berdasarkan peningkatan sokongan, ia menunjukkan bahawa penduduk Permatang Pauh telah mula sedar, sejak 17 tahun lalu, PKR telah gagal melaksana amanah yang diberikan.

“Kita ingin lihat apakah yang termampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terhadap masyarakat Permatang Pauh dalam masa 3 tahun,” katanya. PRK Permatang Pauh menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menang dengan memperolehi 30,316 undi, menewaskan calon BN Suhaimi Sabudin dengan 21,475 undi.


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.