PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh. Hasil daripada satu
tinjauan yang dijalankan PKR mendapati kurang 68% pengundi diramalkan
akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Ahad
ini, kata Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.
Sim berkata, angka itu boleh menyebabkan PKR kalah di kubu kuat mereka
sekali gus mengulangi kekalahan Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti
tipis seperti di Teluk Intan tahun lepas.
"Ini menggusarkan terutama sekali memandangkan jumlah pengundi luar kawasan sekitar 6,000 orang.
"Permatang Pauh sepatutnya menjadi pilihan raya yang menjadi teladan politik.
"Kami risau jika pengundi tidak pulang untuk menyuarakan protes terhadap
keadaan semasa, yang meliputi pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST)," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, hari
ini.
Pada PRK Teluk Intan
tahun lepas, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana
Sofya Mohd Daud dengan 238 undi majoriti, selepas memperolehi 20,157
undi berbandi 19,919 undi dan 550 undi.
PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh
Ditanya sama ada PKR akan kalah di kubu kuatnya, Sim enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada pengundi.
"Kami hanya mahu tekankan setiap undi adalah penting untuk menunjukkan
mereka menolak GST, situasi semasa dalam negara dan kepimpinan Najib.
"Pengundi mesti memutuskan jika mereka mahu meneruskan hala tuju negara ke arah sedia ada atau mengubahnya," katanya.
Sim berkata, tinjauan tersebut dijalankan menerusi 1,000 panggilan telefon kepada pengundi.
Sampel tersebut mewakili kira-kira 71,000 pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.