Nampaknya kes mutaah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi perbincangan hangat pembaca BeautifulNara.
Pengakuan Aidil Zafuan yang dirinya tidak mampu membayar RM300,000 seperti
yang dituntut oleh Rita telah menimbulkan pelbagai maklumbalas.
Malah
kata-kata Aidil yang mendakwa bekas isterinya tidak layak menerima
tuntutan tersebut kerana Rita telah gagal menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang isteri juga menimbulkan kontroversi
Rita
Rudaini bagaimanapun membalas kenyataan Aidil dengan kata-kata yang
cukup sinis. Iyerlah, selama ini pun kita sering melihat Aidil dan
isterinya, Zarema bercuti di luar negara.
Seperti yang dikatakan oleh Rita,
gaya hidup mewah Aidil memang cukup mewah seperti yang sering
ditunjukkan oleh pemain bola sepak itu di Instagram.
Walaupun begitu,
ada juga yang mengkritik Rita kerana tuntutan RM300,000 itu seolah-olah
menunjukkan dirinya mata duitan. Namun Rita ada jawapannya tersendiri:-
Apa
pun orang nak cakap atau keji, saya tidak terkesan kerana Allah yang
lebih mengetahui dan Dia saksi segalanya. Perjuangan saya bukan untuk
RM300,000 tetapi untuk maruah wanita dan seorang isteri dan seorang ibu
yang rumahtangganya dianiaya.
Sumber:Beautifulnara
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.