Followers

Sunday, May 31, 2015

Kepulangan Jho Low hanya wayang Faiz Zainudin

 
Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600

Berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB

PETALING JAYA: Kepulangan ahli perniagaan dan juga jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau dikenal sebagai Jho Low ke Malaysia pada petang Jumaat menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Shahbudin Husin mendakwa kepulangan Jho Low ke Malaysia tidak menampakkan bahawa dia akan hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB.

“Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

“Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan kenyatan yang dibuat Nur Jazlan, kepulangan Jho Low ke Malaysia bukanlah untuk membantu memberi keterangan, sebaliknya mempunyai agenda lain.

Shahbudin tidak menolak kemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi membincangkan isu yang membabitkan mereka bertiga.

“Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya “mummy” iaitu Rosmah Mansor?.

“Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?,” soalnya.

Katanya, kepulangan Jho Low mungkin juga untuk menujukkan sikap ‘jantannya’ setelah isu 1MDB semakin hangat diperkatakan dan namanya sentiasa menjadi sebutan termasukklah oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap “jantannya”, sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya,” katanya.

Terdahulu berita kepulangan Jho Low dilaporkan portal sebuah berita The Ant Daily.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.