Followers

Monday, May 4, 2015

Ismail Sabri Tak Benar Wan Azizah Pijak Kaki Di Pejabatnya Jika Menang P. Pauh


Zack Ahmad's photo. DAP desak Ismail Sabri tarik balik kenyataan.

DAP mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan yang tidak membenarkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjejak kaki ke kementeriannya jika calon PKR itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu dianggap sebagai "biadap dan kurang ajar" kerana ditujukan kepada seorang wanita dan wakil rakyat.

"Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Macam mana rakyat Malaysia yang nak masuk ke lobi pejabat kerajaan pun tak boleh.

"Saya minta Ismail tarik balik dan minta maaf atas kenyataan yang biadap terhadap seorang wanita, rakyat Malaysia dan wakil rakyat ini.

"Saya harap Ismail Sabri, jangan bertindak liar. Kalau Kak Wan (Azizah) nak masuk lobi kementerian dan (kemudian) dihalau, itu sudah lebih (melampau)," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Wat Siam Tanah Liat di Permatang Pauh hari ini. 

Pada Jumaat lalu Ismail dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak membenar Wan Azizah memasuki lobi pejabat dekat kementeriannya jika presiden PKR itu menang pilihan raya kecil Permatang Pauh. 

MP Bera dilapor berkata "tiada alasan" untuk beliau membenarkan Wan Azizah masuk ke bahagian lobi pejabat di kementeriannya tambahan pula ADUN Kajang itu dari pembangkang.

Sebaliknya Ismail Sabri dilapor berkata beliau akan meluluskan dana projek pertanian jika calon BN Suhaimi Sabudin yang membuat permohonan berkaitan dengannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran turut mengecam kenyataan Ismail Sabri itu yang dianggapnya melanggar Akta Pilihan Raya kerana didakwa percubaan melakukan rasuah secara terang.

Beliau yang juga seorang peguam berkata bawah seksyen 10(a) Akta Pilihan Raya 1954, seseorang yang dianggap bersalah melakukan rasuah jika dia menawarkan satu janji yang dikira bernilai kepada pemilih sebagai memujuk mereka memilih calon tertentu.

- mkini

Posted by Jeebond BLM

 KOMEN:

 
Zack Ahmad's photo.Subhanallah !! Kata kata sombong dan bongkak dari seorang Menteri UMNO kepada seorang isteri yang dianiaya. 
 
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU TUNJUKKAN LAH KEBESARAN MU YA ALLAH - ENGKAU LAKNATI LAH ORANG YANG SOMBONG DAN BONGKAK INI DENGAN TIDAK MERASA BELAS KASIHAN TERHADAP SEORANG ISTERI YANG TELAH PEMIMPINNYA SENDIRI MEMFITNAH DAN MENGANIAYA BELIAU SEHINGGA BELIAU DIPENJARA. 
 
 KAMI POHON YA ALLAH AGAR MENTERI YANG SOMBONG INI DIBERI PENGAJARAN OLEH MU, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.