Doktor di wad kecemasan HKL terpaksa memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memotong cincin di kemaluan mangsa.
zakar
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergegas ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas cincin dipakai di zakarnya gagal dikeluarkan.
Keadaan itu memaksa doktor bertugas memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat untuk memotong cincin berkenaan.
Menurut laporan yang dipetik dari Mstar Online, kejadian berlaku pada petang Selasa dan mangsa mendakwa cincin berkenaan baru dibelinya dari Amerika Syarikat.
“Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.
“Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” kata pegawai yang mengetuai operasi.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.