Followers

Sunday, May 31, 2015

Derhaka tafsir Perlembagaan ikut selera sendiri, kata putera Negeri Sembilan - OLEH KC NAZARI

 

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz melahirkan kekhuatiran tindakan pihak yang mentafsir Perlembagaan dalam beberapa perkara dengan cara berlainan dan menganggap ia sebagai menderhaka.

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz melahirkan kekhuatiran tindakan pihak yang mentafsir Perlembagaan dalam beberapa perkara dengan cara berlainan dan menganggap ia sebagai menderhaka.

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz berpandangan mereka yang mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan mengikut selera dan kepentingan sendiri sebagai penderhaka kerana maksudnya dilukiskan dengan jelas pengasas-pengasas negara ini.

Menurutnya, akhir-akhir ini beberapa perkara dalam Perlembagaan ditafsirkan dengan cara berlainan.
"Matlamat tafsiran ini adalah untuk menguatkan dakwaan (mereka) tentang tujuan dan matlamat Perlembagaan.

"Perkataan-perkataan ditafsir di luar konteks untuk berhujah bahawa negara ini dan institusinya adalah untuk mendahulukan kepentingan sesetengah pihak - yang meluas - mengatasi pihak lain.
"Cubaan ini perlu dikutuk sebagai menderhaka dan mengarut," kata Tunku Zain Al Abidin yang juga merupakan seorang putera raja dari Negeri Sembilan.

Namun, Tunku Zain Al Abidin dalam ucapan pada perbincangan bertajuk "Ke Mana, Malaysia” (Jalan di Hadapan) itu tidak pula memperincikan pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, seorang lagi panel perbincangan, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengkritik tindakan sesetengah pihak yang menurutnya cuba "meregangkan" tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 memperincikan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Bumiputera.

"Sesetengah orang lupa Perkara 153 tidak meliputi segala-galanya," katanya sambil memberikan contoh diskaun 10% atas pembelian rumah oleh Bumiputera.

Menurut Saifuddin, orang Melayu yang mampu membeli rumah berharga RM3 juta pastinya tidak memerlukan diskaun tersebut.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.