Followers

Thursday, May 28, 2015

Berpuasa setahun pun tak mampu bina rumah besar” Adam Abu Bakar


ibrahim ali

Ibrahim menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadapi pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.


KUALA LUMPUR: Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.

“Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.

“Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.

“Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.