Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara. Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.
Datuk Ramli Yusuff, yang
bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial
(CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang
mendalam terhadapnya.
Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga
2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab
kepada bekas ketua polis itu.
"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya
mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu
kenyataan saksi.
Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.
Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap
Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan
integriti beliau (Rosli).
Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa
kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons
kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.
Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara
Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara
Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari
Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan
pengubahan wang haram.
Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau
menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.
Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk
memalsukan bukti.
"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar
Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.
"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.
"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."
Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.
Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia
memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.
Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.
"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."
Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan
kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil
berhubung kes itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.