Followers

Thursday, May 7, 2015

‘Barua’ khusus untuk Khalid, bukan seluruh warga polis, kata setpol Azmin



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan ‘barua’ dan ‘bacul’ kepada berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan ‘barua’ dan ‘bacul’ kepada berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini.

Perkataan “barua” yang digunakan Mohamed Azmin Ali ketika berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini ditujukan khas kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata setiausaha politik menteri besar Selangor itu, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi merujuk kenyataan Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Datuk Shah Ghazali Khan Shahadad, yang berkata Azmin mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan "barua" dan "bacul".

"Pertanyaan Azmin apakah KPN itu 'barua' kepada parti pemerintah adalah demi kebaikan keseluruhan institusi dan pasukan polis itu sendiri agar bukan sahaja bebas daripada pengaruh politik, tetapi juga benar-benar dilihat bebas oleh masyarakat.

"Persoalan yang ditanya itulah yang perlu dijawab oleh KPN secara peribadi dan bukannya membiarkan Persatuan Pegawai Kanan Polis mengeluarkan kenyataan yang sangat berbeza maksudnya," kata Shuhaimi.

Isnin lalu, Azmin dilaporkan sebuah portal bertanya kepada orang ramai yang hadir majlis ceramah di Permatang Pauh: "SB (Cawangan Khas) ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut. Beritahu Ketua Polis Negara, tolonglah, nak jadi Ketua Polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?" kata Azmin disambut sorakan.

Shah Ghazali pagi tadi mendesak Azmin memohon maaf secara terbuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sambil berkata PDRM menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpa
berkiblatkan fahaman politik, bangsa ataupun agama.

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik.

"Ini jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat yang diberikan di negeri yang diperintah pembangkang," katanya.

Namun, Shuhaimi, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda berkata, penegasan itu tidak bermakna kerana layanan yang diberikan kepada aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berbeza sama sekali dengan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional.

Sambil mengingatkan insiden mantan KPN memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Shuhaimi berkata tiada tindakan diambil terhadap pemimpin Umno, termasuk abang Khalid yang terlibat dalam demonstrasi di luar sebuah gereja di Petaling Jaya, bulan lalu.

"Meskipun disoal siasat, namun proses tersebut nampaknya jauh lebih ‘lembut’ berbanding yang dikenakan terhadap aktivis dan pimpinan PR termasuk dalam demonstrasi Hari Pekerja di ibu negara di mana puluhan tangkapan dibuat, ditahan berhari-hari dan masih dilakukan tangkapan tengah malam.

"Soal siasat sangat singkat hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi dibiarkan berada di balai menunggu berbelas dan berpuluh jam.

"Apakah KPN tidak sedar hal itu? Kenapa perlu ada perbezaan layanan?" soal Shuhaimi.

Beliau berkata Azmin sering menyatakan pihaknya tidak bermusuh dengan anggota polis peringkat bawahan terutamanya yang menjalankan tugas secara profesional.

"Kami sedar ramai anggota keselamatan dan polis terutama peringkat bawah yang menjalankan tugas dengan baik dan hanya mengikut arahan," katanya. – 6 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.