Followers

Tuesday, April 21, 2015

Wardina minta maaf kepada penganut Kristian - Oleh: Mohamad Fadli

Wardina menganggap perbuatan penduduk Islam di Taman Medan membuli golongan minoriti yang menggambarkan mereka bukan umat Islam yang sebenarnya.

wardina-safiyyah
PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.

Dia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.

“Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.

“Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya,” katanya di laman Facebook.

Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.

“Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti,” katanya.

Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.

“Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan ‘saudara seislam kami sendiri,” tulisnya.

wardian safiyah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.