Followers

Tuesday, April 28, 2015

Peserta Dewi Remaja popular kerana GST FMT Reporters

Mawar Rashid dan Kate Davies menjadi popular kerana tidak tahu makna GST. 
bimbo-dewi-remaja
VIDEO INSIDE

PETALING JAYA: Nama Mawar Rashid secara tiba-tiba menjadi popular di kalangan pengguna laman sosial kerana rakaman temubualnya yang menyentuh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Peserta pertandingan Dewi Remaja itu langsung tidak tahu apa makna GST walaupun mengaku telah membuat penyelidikan.

Dalam temubual itu oleh pengaraca Hlive, Ely, untuk program take one, Mawar yang berasal dari Kelantan itu berjaya menyatakan pandangannya tentang GST.

Dia berkata GST bermaksud kerajaan mengutip cukai dan menambah kemudahan kepada rakyat seperti yang dilakukan di negara-negara maju.

Namun, apabila pengacara bertanyakan makna GST, Mawar terus terdiam dan mengaku tidak tahu.

Lebih mencuit hati, Mawar bertanyakan soalan yang sama kepada pengacara temubual itu, Elly, maksud di sebalik GST.

“Akak tahu maksud GST. Please satu soalan saja,” katanya yang meminta pengacara menjawab soalannya.

Aksinya yang manja dan kebudak-budakan telah menjadi bahan jenaka pengguna laman sosial sehinggakan nama Mawar menjadi bualan ramai.

Begitu juga nama seorang lagi peserta, Kate Davies, yang berdarah Inggeris dan Jawa.

Dia juga tidak tahu makna GST walaupun tahu kerajaan mengenakan cukai enam peratus.

Kate menyatakan pandangannya tentang GST iaitu yang dikutip kerajaan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat untuk kebaikan rakyat.

Namun apabila ditanya makna GST, Katie hanya menjawab, “Saya tidak pasti.”






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.