Followers

Tuesday, April 21, 2015

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini

 

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini. Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagunya 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.

Eksekutif bank tersebut memasukkan kata-kata, "Sekarang muncul di politik Malaysia," dalam satu ungkapan yang jelas ditujukan kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam.

Muhyiddin berkata semalam, Dr Mahathir tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, walaupun ketika bekas perdana menteri itu terus dikecam Umno kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk  “Mendampingi golongan muda untuk menjenayahkan perang dan mentenagakan keamanan” itu.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis sebelum ini, "Saya tahu saya seorang diri. Tetapi saya rasa bertanggungjawab kepada rakyat, adakah ia salah? Apabila wang rakyat hilang dan disembunyikan daripada mereka, adakah salah saya bertanya?"

Tulisannya itu mendorong dua selebriti popular tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.

Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Dr Mahathir boleh sentiasa bergantung kepada majoriti senyap untuk sokongan.

Dr Mahathir mengecam Najib dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menggesa perdana menteri berundur sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib dalam satu wawancara khas di TV3 dua minggu lalu mengatakan akan menangani isu-isu yang dibangkitkan Dr Mahathir, tetapi bekas perdana menteri itu berkata terdapat banyak soalan masih tidak dijawab, termasuk di mana dana 1MDB di Kepulauan Cayman, yang dilaporkan disimpan di Singapura.
Penyanyi pamer aksi ghairah (Gambar) Penyanyi pamer aksi ghairah Penyanyi pamer aksi ghairah Pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut didakwa menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. MARANG: Pemuda Pas Marang semalam, melahirkan kekesalan terhadap satu penganjuran pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut kerana menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. Ketua Pemuda Pas Marang, Mohamad Aswadi Mohamad berkata, perlakuan tidak senonoh di hadapan umum itu sememangnya boleh dijangka apabila persembahan nyanyian dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding kesan keburukannya. “Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya,” katanya mengulas mengenai pertunjukan yang didakwa diadakan sempena satu program itu. Menurutnya, Pemuda Pas Marang juga menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan. “Ia (penyebaran gambar itu) telah meninggalkan kesan sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita lihat gadis Melayu Muslim berpakaian tidak senonoh menari bersama penonton lelaki seperti itu,” katanya. Mohamad Aswadi berkata, ketegasan serta keprihatinan pihak berkuasa serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda daripada terus dibanjiri hiburan seperti itu melibatkan artis tanpa sebarang rujukan keteladanan positif. Tambahnya, pemimpin kerajaan juga perlu tegas menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda negara dan Pemuda Pas Marang memohon agar pihak berkuasa terlibat lebih peka dengan sensitiviti umat Islam. “Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku manakala Pejabat Agama Marang pula perlu lihat kembali Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, terbitan Jakim sejak 2007. “Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program (berkenaan)? Adakah persembahan ini mendapat restu dari Pejabat Agama Marang?,” soalnya. Menurutnya, Pemuda Pas Marang akan membuat kunjungan ke Pejabat Agama Marang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Sinar Harian gagal untuk mengesan penganjur pertunjukan terbabit. -sinarharian-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.