Perdana Menteri berkata beliau menerima
sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan
institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.
Perdana Menteri berkata, beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.
“Bahkan, telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Invest Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.
Turut hadir pada program itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dikatakan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.
Dr Mahathir di blognya sebelum ini menulis “Saya sedar saya keseorangan’ apabila kritikan dan serangan terhadap Najib mendapat kutukan daripada pemimpin UMNO.
Susulan tulisannya itu, dua artis tersohor tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.