Akhbar Umno Mingguan Malaysia hari ini berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disebut-sebut akan digantikan tempatnya.
Akhbar Umno Mingguan Malaysia hari ini berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disebut-sebut akan digantikan tempatnya.
Adakah kontrak perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail akan disambung atau Malaysia akan mendapat seorang peguam negara baharu, soal akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam ruangan pojok Awang Selamat yang mewakili suara kumpulan editorial akhbar itu, dilaporkan yang antara bahan perbualan menarik di kalangan dunia kehakiman dan guaman sekarang ialah sama ada Gani akan digantikan dengan seorang tokoh lain.
Katanya, berbagai spekulasi timbul termasuk beberapa calon dikatakan dikenal pasti mengisi jawatan itu.
"Awang percaya Gani sendiri sudah mahu memberi laluan kepada orang lain memandangkan beliau sudah begitu lama menyandang jawatan tersebut - 12 tahun.
"Jika benar, Awang teruja untuk mengetahui siapa muka baharu itu. Semua tahu, kerusi peguam negara memang diketahui sentiasa panas apatah lagi dalam landskap politik yang makin mencabar," tulisnya.
Awang berkata, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai peguam negara yang baharu mestilah seorang yang berani, berkeyakinan, berkebolehan dan mempunyai jati diri tinggi.
"Kita tunggu siapa orangnya," tambahnya.
Beberapa tahun lepas, ramai terutama pembangkang membangkitkan persoalan sama ada Gani layak terus kekal memegang jawatan itu susulan beberapa keputusan kontroversi dan diragui.
Ia termasuk keputusan Jabatan Peguam Negara tidak bertindak ke atas ugutan presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali membakar Bible versi Melayu, tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura dan keputusan melantik peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya bagi kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gani memegang jawatan itu sejak 2002 dan dijangka bersara Oktober tahun ini. – 1 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.