Jawapan MAZA Tentang Larangan UKE Jadi Panelis
Ini apa yang MAZA maklumkan menerusi laman rasmi facebooknya siang tadi.
Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.
Berikut penjelasan ;
1.Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
2. Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.
3. Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.
4. Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan.
---------------------
1. UKE tidak diban dari berceramah atau memasuki Perlis.
2. Mufti hanya berperanan melarang UKE menjadi panelis dalam forum yang jabatan mufti menjadi AJKnya sebagai penganjur.
3. Larangan itu amatlah bertepatan pada aku.
4. UKE pun kena faham juga. Jangan main sebarang sebar benda karut palsu atas nama agama.
5. Satu lagi. UKE neh dah semakin kelaut bila kait hadis untuk mengutuk pihak tertentu yang anti kerajaan atas nama penindasan dan melawan kezaliman.
6. Ini salah seorang pendengar radio yang mendengar ceramah UKE baru2 neh.
Baca ;
7. Ini kerja UKE? Aku rasa dia neh jelas menghadapi kecelaruan minda. Bukan aku marah dia nak kritik pembangkang. Kritik la. Tapi biarla betul cara nak mengkritik tue.
8. Kena faham kronologi dan kena faham perbezaan situasi.
9. Seseorang ahli parti pembangkang yang menganjurkan demo mungkin berniat meraih sokongan politik.
10. Tapi seseorang rakyat yang terlibat dalam demo belum tentu mempunyai niat yang sama. Mungkin dia mahu kerajaan tahu bahawa dia berdemo kerana tuntutan demo itu sendiri.
11. Tak perlu main tuduh2 dan serap persepsi negatif ke atas pihak tertentu kelompok tertentu guna hadis ke apa ke tanpa memahami jalan cerita. Ini point aku.
12. Yang aku pelik. Tang kerajaan semua bagus. Kerajaan bina kasino pun tak disebut. Kerajaan bagi lesen judi pun tak dikata. Kena tang pembangkang atau cina. Pehh.. semua jahat, keji, teruk dan macam-macam lagi.
Tolongla. Kita tak perlukan ustaz begini. Agamawan begini. Agamawan kalau tak mampu melawan penindasan atau kezaliman dan lebih rela pilih watak playsafe suka ahti ko la. Aku pun malas nak paksa-paksa atau desak-desak orang yang tak sudi nak tolong berjuang neh. Tak kira la sapa pun dia. Tapi cukup jangan jadikan agama sebagai modal nak menghukum orang semata-mata nak bela pimpinan kau. Tolong la UKE.
Kbai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.