KUALA LUMPUR, 1 MAC: DAP mencabar kerajaan agar menjelaskan dakwaan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mengkritik kepimpinan lemah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca utama berlakunya krisis ekonomi negara sekarang ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, serangan Daim itu jelas membuktikan kegagalan nyata Najib dan BN menguruskan ekonomi negara.
“Kegagalan BN kini jelas terpampang apabila Daim secara terbuka mengkritik serta menyerang Najib.
“Najib perlu jawab tuduhan Daim yang mempersoalkan mengapa nilai ringgit menyusut begitu mendadak dan Bursa Malaysia dalam keadaan paling teruk di kalangan semua pasaran saham serantau,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Guan Eng, bukan sahaja Daim yang menyerang kepimpinan lemah Najib , malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut menyalahkan beliau sebagai penyebab krisis ekonomi negara termasuk kegagalan mengekang skandal kewangan RM42 bilion 1MDB. Minyak naik harga salah peniaga Cina?
Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, kenaikan harga petrol sebanyak 25 sen hari ini juga mendedahkan lagi kepincangan UMNO yang kemudiannya menggunakan modal perkauman untuk menutup kelemahan sendiri.
“Adakah Ismail Sabri akan menyalahkan peniaga Cina sekali lagi berhubung kenaikan harga petrol atau tidak mengurangkan harga?
“Sekali lagi, kegagalan BN, MCA atau Gerakan mendesak Ismail memohon maaf adalah amat memalukan dan menunjukkan bahawa BN telah ketandusan idea serta prinsip tentang bagaimana untuk menguruskan ekonomi,” tegasnya
Tambahnya, terbukti kini dasar dan prinsip merupakan perkata paling penting dalam menentukan ekonomi negara bukannya propaganda. “PR dan DAP bersedia untuk bersaing dengan BN namun bukan pada perkauman mahupun ekstremis tapi pada dasar-dasar serta prinsip mengenai ekonomi, kecekapan, integriti, kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” ujar Guan Eng.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.