Laporan berkaitan enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf yang
tidak meliputi kesalahan liwat seperti yang dinyatakan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir dan tindakan pendedahan
terbuka Tan Sri Muhammad Safee adalah dirujuk.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha’ khususnya ulama muktabar bermazhab Shafie.
Pandangan syarak:
Dalam menakrifkan qazaf, Imam Nawawi daripada Mazhab Shafie menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya.
Manakala Ibn Humam seorang ulama mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).
Ibn Arafah pula berpandangan bahwa qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.
Dari pandangan-pandangan ini dapat kita simpulkan qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah.
Para ulama menyamakan liwat dengan zina, antaranya dalam Mazhab Shafie yang menyatakan liwat dikenakan hukuman had (hudud).
Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali pula berpendapat bahawa pesetubuhan dubur adalah sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina.
Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa liwat jenayah zina mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.
Hanya Abu Hanifah yang berpandangan bahwa liwat tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram.
Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.
Berdasarkan penjelasan tersebut, majoriti fuqaha’ daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.
Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (qazaf).
Mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan.
Jika sabit penuduh berniat dalam tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan Kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had.
Manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman takzir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina, justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.
Untuk penerangan lanjut, ABIM telah pun menerbitkan buku bertajuk Bahaya Qazaf sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu ini.
Selain itu Resolusi Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008 boleh juga dirujuk.
Oleh itu sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan empat orang saksi.
Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.
Pindaan enakmen jenayah syariah
ABIM berpandangan enakmen jenayah syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ia termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha di atas walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan.
Hal ini perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya pertikaian pelbagai pihak di media.
Justeru sebagai tindakan proaktif mengukuhkan peruntukan tersebut, ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah enakmen jenayah syariah dan akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak. Oleh yang demikian ABIM mencadangkan:
Bahagian “tafsiran” untuk maksud “zina” dimasukkan peruntukan termasuk liwat.
Peruntukan undang-undang jenayah tersebut harus dipinda agar ia benar-benar menepati pandangan para fuqaha’ bagi mendaulatkan hukum Islam ke martabat yang selayaknya dengan memasukkan tuduhan liwat sebagai sebahagian daripada qazaf.
Tambahan pula dengan semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan hukum hudud maka sudah tiba masanya untuk pindaan bagi setiap peruntukan dalam perundangan syariah di Malaysia bagi menepati hakikat kewujudannya.
Penceritaan perilaku seks terbuka
Berdasarkan kepada rujukan dalam Al-Quran dan pandangan ulama muktabar Islam bahkan termasuk semua agama lain, perbuatan mededahkan perilaku seks, sumbang di khalayak terbuka adalah perbuatan tidak bermoral dam bercanggah dengan nilai Islam serta moral masyarakat.
ABIM berpandangan wujud falsafah besar dalam definisi ayat Qazaf dan ayat-ayat lain dalam al-Quran yang mencegah kita berbuat demikian kerana mengaibkan individu dan keluarga.
Justeru ABIM berpandangan majlis penerangan Muhammad Safee yang menceritakan perilaku seks kes DSAI secara terperinci adalah amat tidak beretika dari sudut profesional guaman dan wujud elemen qazaf atas tindakannya itu.
Oleh itu laporan qazaf yang telah dibuat ke atasnya harus disiasat dengan teliti dan diambil tindakan oleh pihak berwajib.
Malah bagi menjaga kesucian Islam pihak berkuasa agama di negeri-negeri sewajarnya tidak membenarkan perbuatan jenayah qazaf sedemikian berleluasa.
Seruan ABIM ini tidak terhad kepada sekitar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja malah untuk mana-mana pihak sekalipun merentas parti politik.
Perbuatan mendedahan seksual mana-mana tokoh-tokoh politik atau individu lain yang berlaku sebelum ini juga adalah tidak bermoral dan boleh membawa kepada jenayah qazaf.
AMIDI ABDUL MANAN presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.