Sebarang bentuk penggantian tanah baru harus “serupa keadaannya” dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.
SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah
supaya hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan termasuk jumlah
keluasan Tanah Rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3,
Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah, sebarang bentuk penggantian tanah baru harus “serupa keadaannya” dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.
“Beta mahu usaha menggantikan Tanah Rizab Melayu yang telah
dibatalkan akibat projek-projek pembangunan digantikan segera,” titah
baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri
Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin turut bertitah agar bencana banjir yang berlaku di
beberapa buah negeri khususnaya di Pantai Timur dijadikan iktibar oleh
semua pihak.
Baginda menegaskan, pengurusan alam sekitar dan ekosistem melalui
pemuliharaan hutan simpan kekal dan penanaman pokok mesti diberikan
perhatian oleh kerajaan negeri.
“Beta mahu jumlah keluasan hutan simpan kekal di Negeri Selangor
tidak kurang 30 peratus dari keluasan tanah Negeri Selangor,” titah
baginda.
Sultan Selangor turut menyokong usaha kerajaan negeri untuk
memastikan kesempurnaan pembangunan melalui pembangunan teknologi hijau
yang mesra alam serta mensasarkan Selangor sebagai negeri rendah karbon
bagi menjamin persekitaran yang sihat.
Projek pembangunan Taman Hijau yang akan dibangunkan oleh kerajaan
negeri juga boleh dinikmati oleh penduduk Selangor untuk tujuan riadah
dan rekreasi bagi menjamin kualiti kehidupan bersama keluarga, titah
beliau,
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.