Followers

Sunday, March 1, 2015

DIHARAP YAB MB SELANGOR TEGAS DAN PENDIRIAN TEGUH DALAM KEPUTUSANNYA !!

 Menteri kerja raya jumpa Azmin bincang pembatalan Kidex

Published: 1 March 2015 11:25 AM

Lebuhraya Kidex, yang menerima bantahan penduduk Petaling Jaya, akhirnya diumum batal oleh Selangor pada 16 Februari

Lebuhraya Kidex, yang menerima bantahan penduduk Petaling Jaya, akhirnya diumum batal oleh Selangor pada 16 Februari.

Kementerian Kerja Raya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan hala tuju perancangan dan pembangunan kemudahan awam di Selangor termasuk Projek Lebuh Raya Kinrara Damansara (Kidex).





Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, memandangkan projek itu kini dibatalkan, pihaknya mahu tahu alternatif yang akan ditawarkan kerajaan negeri kepada rakyat, lapor Berita Harian.

Menurut Fadillah, antara perkara yang bakal dibincang termasuk usaha menangani kesesakan jalan raya di negeri itu, selain pelbagai projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita akan berbincang mengenai projek berkaitan lebuh raya, selain projek pembangunan lain yang dirancangkan Kerajaan Persekutuan untuk Selangor dan rakyatnya.

"Bagi Kerajaan Persekutuan, kita sentiasa berusaha memberikan apa yang baik untuk rakyat. Jika rakyat merasakan Kidex tidak sesuai, kita mahu tahu apa alternatifnya," katanya.

Pada 16 Februari, Azmin mengumumkan pembatalan projek kontroversi Kidex bernilai RM2.42 bilion, yang mendapat bantahan penduduk Petaling Jaya sejak dua tahun lalu.

Katanya, pembatalan dilakukan kerana syarikat konsesi Kidex Sdn Bhd - yang dimiliki isteri kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun – tidak mematuhi syarat kerajaan negeri sebelum tempoh masanya tamat pada 14 Februari.

Antara syarat yang gagal dipatuhi Kidex ialah menyediakan penilaian impak lalu lintas yang bebas, penilaian impak sosial dan penilaian impak alam sekitar.

Kidex juga gagal mendedahkan sepenuhnya perjanjian konsesi untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Azmin berkata, pendekatan yang sama bakal diguna pakai dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan bagi lebuh raya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

Kidex Sdn Bhd pada mulanya diberi tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian asal konsesi ditandatangani untuk memenuhi beberapa syarat, kemudian dilanjutkan sehingga 15 Februari, 2015.

Lebuh raya sepanjang 14.9km itu mendapat bantahan penduduk sekitar Petaling Jaya dan gerakan "Katakan Tidak Kepada Kidex" kerana pembinaannya menjejaskan kawasan penempatan. – 1 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.