Skandal
Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini
diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak &
Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh
pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara
dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga
bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar
melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal
Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa
diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan
dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang
merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April
2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan
kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin
kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka
menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
.
Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku
Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.
Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas
ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di
Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80%
saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah
bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita
Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times
mengenai harta pusaka.
Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas
perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya. -
TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.