Followers

Monday, February 2, 2015

Sampai bila Umno, PAS mahu bergaduh, soal Ridhuan Tee...??

Pemandangan perwakilan di muktamar PAS pada 2013. Pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS dan Umno sering bertelagah menyebabkan umat Islam Melayu diperkotak-katikan.

Pemandangan perwakilan di muktamar PAS pada 2013. Pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS dan Umno sering bertelagah menyebabkan umat Islam Melayu diperkotak-katikan.

Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan sampai bila dua parti politik utama Melayu, Umno dan PAS, perlu bergaduh, dan membuat kesimpulan yang orang Melayu sememangnya kurang semangat kesatuannya.

Dalam satu wawancara khas dengan Sinar Harian, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abdidin (Unisza) itu berkata, penyatuan umat Islam di negara ini amat penting ketika mereka sering diperkotak-katikkan, termasuk dakwanya, wujudnya campur tangan secara terbuka masyarakat agama lain.

"Mulakan langkah pertama dengan bertemu dan berbincang isu berkaitan umat Islam.

"Umno dan PAS misalnya, sampai bila hendak bergaduh dan ingat sejarah lampau?" soalnya.

Pensyarah yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran beberapa kenyataannya yang lantang itu, secara sinis berkata, orang Melayu sememangnya terkenal dengan sikap tidak sependapat.

"Orang Melayu ini bidang apa yang tidak berpecah? Sesama ustaz pun bergaduh juga, dalam bidang ekonomi saling dengki-mendengki," katanya.

Ridhuan (gambar, kiri) yang juga kolumnis akhbar itu berkata, perpecahan orang Melayu amat jelas dilihat melalui perbezaan fahaman politik berbanding di kalangan masyarakat bukan Islam di mana  "kesatuan" mereka lebih tergambar.

"Populasi di negara ini lebih kurang 50-50 antara Islam dan bukan Islam. Tetapi untuk yang bukan Islam, kita nampak kesatuan mereka. Sebaliknya, orang Islam berpecah kepada beberapa kumpulan.

"Ada Umno, PAS, PKR, PasMa dan selepas ini tidak tahu apa lagi. Kalau dah berpecah kepada 10 kumpulan, implikasinya ialah kepada negara dan umat Islam sendiri," katanya.

Katanya, pemimpin Melayu sepatutnya berlapang dada membincangkan hal penyatuan dengan mengambil contoh Rasulullah semasa zamannya.

Oleh itu, Ridhuan berkata usaha penyatuan itu perlu dilakukan secara berterusan dan tidak dilihat hanya ketika musibah berlaku seperti banjir di pantai timur baru-baru ini. – 1 Februari, 2015.


://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.