Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.
Mengulas
kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.
Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.
“Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Semasa pendakwaan, pihak
pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana
satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu,” katanya kepada
Malaysiakini.
Khalid berkata prosedur operasi
piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.
Dia juga menegaskan bukan tugas
polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak
menyelidik motif semasa pendengaran kes. ~malaysiakini
Addin:
Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya.
Mungkin ini pertama kali dalam sejarah penghakiman dalam negara ini,
motif pembunuhan tidak diselidiki. Mungkinkah sekiranya motif diselidiki
makin ramai VVIP yang akan terlibat?
Kepada yang terlibat, kita tunggu
pengadilan di padang masyhar kelak..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.