Anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh (gambar, kiri) berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.
"Terima kasih perdana menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya hari ini.
Pada Khamis lalu, perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.
"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.
"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.
Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.
Nik Abdul Aziz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – Bernama, 31 Januari, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.