Ketika
majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada
Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol)
dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi
viral di media-media sosial.
Rosmah
dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana
Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu
kenamaan daripada seluruh dunia itu.
Tetapi
dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi.
Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan
mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak
tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan
bersama menolak tanggapan sedemikian.
Mereka
menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti
tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi
mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan
adalah tidak wajar sama sekali.
Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya.
Pada
Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3
bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju
dengannya.
Jika
berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan
sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri
kabinet terhadap Najib sendiri.
Jika mengikut
kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena
tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu oleh empat
adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya
hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat
ini. Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati"
atau akan "mati" dengan perlahan-lahan. Kesian Najib...tak habis-habis
kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir? Posted &
copy by RAKYAT MARHAEN
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.