Followers

Tuesday, February 24, 2015

Keluarga Razak bimbang spekulasi tentang harta peninggalan, kata adik beradik Najib


Spekulasi tentang harta peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak (kiri) membawa 4 orang anaknya supaya membuat kenyataan menolak cakap-cakap mengenainya.

Spekulasi tentang harta peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak (kiri) membawa 4 orang anaknya supaya membuat kenyataan menolak cakap-cakap mengenainya.

Keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti.

Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.

Laporan The New York Times menunjukkan anak tiri Datuk Seri Najib Razak membeli hartanah mewah di New York. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015.Laporan The New York Times menunjukkan anak tiri Datuk Seri Najib Razak membeli hartanah mewah di New York. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015.Najib merupakan anak sulung kepada Razak.

"Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara.

"Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.

"Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini," tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini. – 24 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.