PETALING JAYA - PKR menyifatkan tindakan sesetengah pihak dalam PR
yang enggan hadir ke mesyuarat dan berperang kenyataan melalui
media-media sebagai satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, berdasarkan etika
berpolitik, segala permasalahan harus diselesaikan melalui mesyuarat.
“Saya rasa semua ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Sebab
itu kita minta supaya mesyuarat PR dijalankan secepat mungkin. Sekarang
kita nampak bahawa ada sesetengah pihak masih enggan (hadir untuk)
bermesyuarat dan berperang di media.
“Ini adalah sesuatu yang
tidak wajar. Sebab ini adalah etika berpolitik dan koalisi politik di
mana harus mesyuarat untuk selesaikan sebarang masalah yang tidak setuju
satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang
media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Tze Tzin diajukan persoalan
tentang pertelingkahan demi pertelingkahan antara rakan komponennya,
Pas dan DAP yang terus berlarutan.
Mengulas lanjut beliau berkata, ekoran perkara itu, PKR telah meminta agar mesyuarat pimpinan PR dijalankan secepat mungkin.
“ Kita telah minta supaya satu mesyuarat majlis pimpinan PR dijalankan
secepat mungkin. “Sebenarnya orang-orang yang terlibat dalam media ini
ada satu mesyuarat Setiausaha Agung PR.
Mereka yang akan keluar
kenyataan,” katanya. Namun ketika ditanya adakah pihak yang enggan itu
dirujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau
menjawab, “Saya tak tahu, kamu semua tahu (siapa).”
Posted by mountdweller.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.