Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan
tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah
Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu
cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan
apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui.
Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.
Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar
mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di
laman Instagram.
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.
sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.