Followers

Friday, January 23, 2015

SIAPA Individu Arah Sirul Azhar Ke Australia??

Individu yang arah Sirul Azhar ke Australia adalah brilliant. Mungkinkah ada perancangan pihak tertentu supaya Sirul Azhar boleh buka cerita sebenar di Australia....tidakkah anda terfikir bahawa pemergian Sirul ke Australia mungkin dirancang oleh seseorang yang berkepentingan?

Siapa yang arah Sirul Azhar ke Australia? Namun, individu yang arah Sirul Azhar ke Australia adalah brilliant. Selama mana Sirul berada di sana, hukuman gantung akan ditangguhkan. Mungkin proses menjadi lebih rumit.

Pelbagai andaian boleh dibuat, diharap Sirul Azhar berani untuk mendedahkannya. Persoalan yang bermain di fikiran semua adalah, siapa yang mengarahkan Altantuya dibunuh? Dan apa motifnya?


Peluang bawa pulang Sirul tipis dan makan masa, kata penganalisis
Usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ke negara ini mungkin tipis dan akan memakan masa yang lama, kata penganalisis. 
Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Putrajaya hanya mempunyai satu pilihan untuk Sirul ke Malaysia, iaitu melalui permohonan kepada mahkamah Australia. 
Beliau berkata, kes itu rumit kerana langkah membawa kes itu ke mahkamah Australia adalah untuk mengkaji sama ada wujud pengecualian terhadap prinsip asas undang-undang negara tersebut yang tidak membenarkan hukuman mati terhadap pesalah. 
"Ada kerumitan dalam kes Sirul Azhar ini. Kita tahu Australia mempunyai sekatan ekstradisi terhadap Sirul Azhar kerana undang-undang mereka melarang perintah ekstradisi jika pesalah terlibat dikenakan hukuman mati. 
"Oleh itu, proses ekstradisi akan menjadi lebih sukar. Permohonan perlu dibuat kepada kerajaan Australia. Jika gagal, kerajaan akan membawa perkara ini ke mahkamah Australia. Jika gagal di mahkamah, maka usaha secara diplomatik akan berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia. 
Permohonan itu hanya boleh dibuat sekiranya Malaysia berjanji tidak menjalankan hukuman mati ke atasnya. 
Sebelum ini, akhbar Sydney Morning Herald ada melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permintaan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar
Mengulas lanjut kenyataannya dalam Utusan Malaysia, Nik Ahmad Kamal menjelaskan sekiranya rundingan diplomatik itu berjaya dan Sirul berjaya dibawa pulang, ada kebarangkalian Sirul disyaratkan untuk tidak dihukum mati di Malaysia. 
Beliau berkata, perkara itu akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. 
"Hubungan diplomatik dengan Australia amat baik setelah kes kehilangan MH370. Kes Sirul Azhar mungkin akan membawa isu baru dalam hubungan diplomatik kedua negara. 
"Perjanjian yang dipersetujui Malaysia dan Australia ini mengandungi tanggungjawab dan pengecualian serta prosedur berkaitan ekstradisi kedua-dua buah negara," katanya. 
Menurut beliau, perkara itu amat jelas melalui Perjanjian Antara Kerajaan Malaysia dan Australia Berhubung Ekstradisi yang ditandatangani pada 15 November 2005. 
Sirul Azhar dan Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. 
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan. 
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka. 
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. 
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

 malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.