Followers

Saturday, January 3, 2015

Rosmah Tak Penting, Kehilangan Pesawat Rasmi Negara Itu Yang Penting.


Aku perhati je perangai orang2 UMNO neh. Daripada penyokong biasa kepada ahli yang berpangkat kepada bloggers upahan hingga la kepada bekas menteri. Perangai senada je bila bahas isu kehilangan Rosmah Mansur.

Aku rasa dorang missing the real point la kat situ.

Tadi aku baca point bekas menteri penerangan yang juga seorang blogger. Zainuddin Maidin. Disiarkan menerusi Malaysiakini. Malaysiakini melaporkan bahawa kenyataan tersebut dipetik menerusi penulisan di blog bekas menteri kabinet itu.

Then aku laju2 p buka blog tersebut dan baca point demi point yang dinyatakan. Berikut apa yang bekas menteri tersebut ulas tentang tindakan orang ramai mempersoalkan kehilangan Rosmah Mansur.

Baca dulu ;



WAJAH KEPERIHATINAN SEORANG PERDANA MENTERI.

Saya tidak fikir pengamal media sosial ikhlas dalam  pertanyaan mereka bertalu -talu  tentang ketidak hadhiran Datin  Paduka Seri Rosmah Mansor  disamping suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang  bekejar pulang melawat ratusan ribu  mangsa banjir dalam derita sengsara terutama di Kelantan.

Selama ini orang orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penunjulan keterlauan Rosmah di media utama  akhbar dan telivisyen, maka mengapa ketidak hadhirannya menjadi suatu persoalan utama mereka.Tdakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan  lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah  berfikir sebailknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?

Hal ini saya kira ditimbulkan  oleh  media online yang  dipetik dan disiarkan oleh Malaysian Insider lebih bertujuan untuk menyerlahkan aspek negatif tetapi saya tidak percaya akan dapat menutop keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan  Datuk Seri Najib sepanjang masa siang dan malam melawat mangsa -manga banjir sebaik sahaja menjijak kaki di tanah air setelah bekejar pulang meninggalkan Golf di Hawaii dalam keadaan kepenatan penerbangan berbelas jam.

Wajah simpatinya, keseriusan dan kesedihan (lihat gambar) dalam menghadapi derita sengsara  ratusan ribu mangsa banjir tidak akan dapat ditutup oleh ketidak hadhiran isterinya Rosmah. Lupakanlah soal Rosmah dan berilah penghargaan kepada Datuk Seri Najib.


Lebih dari sekali aku membaca penulisan di atas. Aku cuba pastikan yang bahawa Zainuddin Maidin bukan sedang menyindir atau memerli Najib Razak. Andaikatan dia perli memang makan dalam. Tapi kalau dia bukan memerli, aku kata ianya lawak. Mana tak lawak bila dia sebut ;

1. Keprihatinan, kesungguhan dan kegigihan DS Najib melawat mangsa banjir dan blablabla..

2. Lepas tue dok siar gambar Najib yang konon2nya simpati dengan apa yang menimpa ke atas mangsa banjir..

Nak muntah pula aku baca.. sudah2 la tue dok siar wajah Najib yang konon2nya sedih la simpati la prihatin la apa la.. benda2 macam tue tak perlu diwar2kan atau didokumenkasikan dalam bentuk gambar. Kita simpati atau tidak, biar Allah yang nilai. Kita buat relax sudah la. Sebagai penyokong mahupun sebagai Najib sendiri.

Haha.

Oke. Berbalik kepada penulisan di atas. Dan kepada geng2 UMNO yang rasa geram sangat bila kita mempersoalkan kelibat Rosmah Mansur. Yang sebenarnya. Kita tak peduli pun tentang Rosmah Mansur. Sebab Rosmah Mansur tak penting. Yang penting ialah pesawat rasmi negara. Kenapa?

1. Rosmah Mansur ialah isteri PM.

2. Samada dia turun padang atau tak turun padang kita rakyat Malaysia tak peduli sebab yang tadbir negara tue Najib bukannya Rosmah Mansur. Yang kena dan boleh buat keputusan ialah Najib selaku perdana menteri Malaysia. Maka kehadiran Najib itulah penting. Ketidakhadiran Rosmah bukan isu langsung.

3. Tapi yang buat kita tertanya2 apabila kelibat Rosmah Mansur hilang bersama2 hilangnya pesawat rasmi milik negara.

4. Pesawat rasmi tue pula dari kos operasi hingga kepada kos penyelengaraan dibiayai oleh wang pembayar cukai tau.

5. Jika ia digunakan untuk tujuan rasmi yang membabitkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan atau negara, kita tak la marah.

6. Tapi jika ia digunakan sebagai kenderaan untuk seseorang bercuti dan melancong kita berhak persoalkan sebab kegunaan pesawat rasmi adalah bukan di atas tujuan tersebut meskipun Najib layak mendapat keistimewaan sebagai PM tetapi itu tidak bermaksud dia boleh menyalahgunakan aset negara untuk tujuan peribadi seperti percutian untuk diri sendiri, keluarga mahupun membenarkan isteri menggunakan pesawat tersebut untuk tujuan peribadi.

7. Najib sendiri sebut bahawa kedudukan kewangan negara antara lain bermasalah disebabkan subsidi tidak bersasar dan banyak disalurkan kepada orang kaya.

8. Menggunakan pesawat rasmi negara dan kos operasinya dibiayai oleh wang pembayar cukai bermaksud rakyat memberikan subsidi kepada menteri2 di Malaysia.

9. Faham tak? Menteri2 di Malaysia telah mendapat subsidi dalam bentuk kos operasi sebuah pesawat bagi memudahkan mereka melakukan kerja2 dalam dan luar negara. Keistimewaan itulah dianggap subsidi. Mereka nak, kita bagi. Apa yang boleh memudahkan kerja mereka semua dah diluluskan oleh parlimen.

10. Dan subsidi itulah ditanggung oleh rakyat Malaysia.

11. Oleh kerana rakyat Malaysia yang bayar dari A to Z, dari beli kepada bayar gaji pekerja kepada kos minyak, kos operasi dan kos penyelenggaraan maka sudah semestinya ia menjadi hak rakyat Malaysia untuk peduli dengan perkembangan dan perjalanan pesawat tersebut.

12. Pesawat tersebut tidak pulang bersama Najib walaupun Najib yang bawa dia terbang ke Hawaii. Kehilangan pesawat tersebut bersama hilangnya Rosmah Mansur membuatkan kita tertanya2 adakah pesawat itu digunakan oleh Rosmah Mansur atas tujuan peribadi dan jika ya, siapa yang tanggung? Sudah tentu rakyat akan marah jika akhirnya kepada rakyat la segala bil mengoperasikan pesawat tersebut diserahkan.

13. Jika sekadar rm1 atau rm2. Mungkin rakyat boleh tutup mata dan halalkan sahaja apa yang berlaku. Tetapi kos yang dianggarkan adalah mencecah ratusan ribu ringgit. Mungkin jutaan ringgit.

14. Di kala kepada rakyat, Najib menasihati agar kita berjimat cermat dan kawal perbelanjaan, BRIM cukup setahun dan pelbagai lagi nasihat2 yang syok sendiri dan tak sesuai dengan situasi dilemparkan tetapi dalam waktu yang sama, Najib sendiri tak melakukan penjimatan yang sepatutnya seperti hanya menggunakan subsidi di atas tujuan yang perlu dan penting. Bukan atas tujuan peribadi.

Nampak?

Nampakk?


Rosmah tak penting. Rosmah ada atau tiada di Kelantan memang tak penting. Kehadiran Rosmah langsung tak penting. Yang penting tue kehadiran pesawat tue aje. Rosmah tak hilang, pesawat hilang atas nama diselenggara, kita boleh faham dan akan faham. Jika Rosmah hilang bersama2 pesawat rasmi hilang dikala rakyat yang perlu membayar segala memang kita tak faham-faham dan takan boleh faham.

Fikir2kan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.