Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak seharusnya
membiarkan pihak lain mengambil kesempatan ke atas kebaikan dirinya.
Katanya, beliau menyampaikan nasihat tersebut sewaktu bertemu Najib yang juga menteri kewangan di kediaman perdana menteri di Jalan Duta, sebelum beliau berlepas ke Hawaii.
"Saya kata pada Najib secara jujur, kerana kebaikan Najib, jadi orang akan ambil kesempatan ke atas kebaikan beliau,” kata Khairuddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi kenyataan kepada polis ekoran laporannya berhubung isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengulas lanjut, Khairudin berkata beliau tidak akan menarik balik laporan polisnya itu sekiranya Najib berdiam diri dan tidak menyelesaikan kemelut itu.
“Saya minta Najib untuk tampil berdepan dengan rakyat dan jelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan 1MDB.
“Kalau saya puas hati dengan kenyataan Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan, berkemungkinan saya akan tarik balik laporan polis.
“Malangnya Najib tidak tampil beri penerangan yang jelas kepada rakyat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.