Followers

Wednesday, January 14, 2015

PECAH BERITA - TER NOWW

 
ERIC PAULSEN

BEBAS

peguam eric paulsen
baru sahaja dibebaskan
dari lokap dang wangi
dengan jamin mulut

tidak adaa tarikh bicara

NOTA
hanya tukar tiub berani 
lapor
hanya tukar tiub berani
 langgar
hanya tukar tiub berani 
hasut

DUA JANTAN

MASIH BEBAS



Pembunuhan Altantuya: Azilah dan Sirul Azhar Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza? kes AltantuyaSelepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup berprofil tinggi tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan untuk diadili oleh atas pentas yang dinamakan “mencari keadilan” akhirnya Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “terbukti bersalah” membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh kalangan 5 panel hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah Persekutuan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati. Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu? Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “disahkan” telah membunuh Altantuya Shaariibuu Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006? Entah…… Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu sebenarnya? Entah…. Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah….. Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat perhatian dunia, media antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila menyimpan seribu macam misteri yang “masih lagi tersimpul rapi” menantikan masa dan ketikanya untuk dirungkaikan. Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup Misteri? kes Altantuya Shaariibuu Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini akan meletakkan jenayah berprofil tinggi ini sebaris dengan kes jenayah yang cukup terkenal antaranya : Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar Kes Pembunuhan Norita Samsudin Kes Pembunuhan Hasleza Ishak Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia dipertonton satu karya “drama yang cukup agung yang bertema jenayah” sehingga menerbitkan seribu macam teori, pandangan, fakta-fakta yang berbangkit daripada pelbagai pihak dan kumpulan masyarakat disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini. Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan Kita sedang melihat kelahiran sebuah hikayat moden – agak sama dengan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang begitu mengejutkan dunia sehingga akhirnya telah meletusnya perdebatan dan perkongsian pandangan serta kontroversi baik dari rakyat Amerika sendiri, penduduk seluruh dunia dan juga rakyat malaysia sendiri. Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan John F. Kennedy (JFK) terus menjadi misteri dan terus tercari-cari kebenaran kerana begitu banyak persoalan yang belum terungkai sehingga membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia tertanya-tanya sehingga ke hari ini. altantuya shaariibuu “Drama” Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, 13 Januari 2014 selepas menempuh cabaran yang cukup panjang untuk menyudahkan episod yang cukup berliku ini. Bakal terbit satu lagi cerita lagenda yang akan dikenang rakyat Malaysia bermula hari ini sehingga ke tempoh yang tidak diketahui sampai bila untuk dibawa persoalan-persoalan yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini, “siapa mastermind”, atas sebab apa dibunuh. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.