Putrajaya menolak pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana khuatir cukai di kawasan berkenaan akan dinaikkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Putrajaya menolak pelaksanaan pilihan raya PBT itu kerana kerajaan pusat selama ini membantu PBT
susulan kewangan mereka yang lemah."Perlu diteliti secara halus, kerana
kerajaan pusat banyak bantu PBT, bukan sahaja kerajaan negeri,
contohnya belanjawan.
Kalau tiada bantuan kerajaan pusat, untuk makluman, belanjawan PBT
banyak yang defisit, kerajaan pusat banyak bantu."Jadi dengan pilihan
raya ini, adakah mereka bercadang menjadi 'autonomous'?
Kalau begitu, kena naikkan cukai."Adakah bermakna, DAP cadang begitu
supaya kuasa diberi kepada PBT (supaya) kalau tiada sumber, (boleh)
naikkan cukai?" soalnya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Muhyiddin berkata, kecuali dua atau tiga PBT di kawasan bandar
yang besar, majoriti PBT tidak mempunyai dana kewangan mencukupi."Yang
lainnya boleh dikatakan dalam keadaan defisit.
Tanpa bantuan kerajaan persekutuan, mungkin mereka terus berada dalam
keadaan defisit."Cukai pintu, cukai lesen, apakah DAP cadang kuasa itu
diberi kepada kerajaan tempatan?" katanya.
Muhyiddin
berkata, Putrajaya tidak bersetuju dengan cadangan yang dibawa kerajaan
negeri Pulau Pinang di bawah DAP kerana terdapat beberapa perkara yang
tidak jelas berhubung pelaksanaan pilihan raya itu."Bagi kita ini sudah
muktamad. Sudah ada sejarah mengapa tidak ada pilihan raya kerajaan
tempatan.
Jadi, atas sebab itu tidak ada debat," katanya."Daripada pihak kerajaan,
saya rasa (pilihan raya PBT) tidak sesuai, kerana negara kita paling
demokratik," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Mengenai Isu Cameron Highlands di Putrajaya, Muhyiddin berkata terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dalam melaksanakan pilihan raya berkenaan.
"Bagi saya sebelum hendak buat sesuatu kena fikir masak-masak, dan
Kerajaan Pusat rasa tidak patut," katanya, sambil menambah malah dalam
Pakatan Rakyat (PR) sendiri, tiada satu persetujuan dicapai.
Baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP
dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di
media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha
Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.
Hadi mendakwa, jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh
membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai
pihak menyerang beliau.Muhyiddin berkata, PR perlu mencapai satu kata
putus sesama mereka selepas timbulnya perbezaan pendapat antara PAS dan
DAP berhubung perkara itu.
"Apatah lagi dengan keputusan terkini mahkamah Pulau Pinang tentang
perkara itu, yang dibawa pihak tertentu, sudah diputuskan. Atas sebab
itu, tak harus ada satu debat."Dalam PR sendiri ada yang tidak setuju.
DAP kata begitu, PAS kata begini. Jadi, mereka mungkin perlu selesaikan di peringkat parti, apa pendirian sebenarnya," katanya.
Susulan krisis antara kepimpinan PAS dan DAP, Naib Presiden PAS Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin PR, rakyat
Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu
sama lain sebagaimana berlaku sekarang. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.