Followers

Saturday, January 3, 2015

Nur Shafiqa, Mangsa Rompak & Toreh Muka Selamat Bernikah - By canang

 

Mangsa rompakan dan toreh muka yang menggegarkan negara tahun lalu, Nur Shafiqa dan tunangnya telah selamat melangsungkan pernikahan semalam — menurut kemaskini terkini gadis itu di laman sosial Instagram.

“Alhamdulillah, syukur. Buat yang penting dulu. Parut muka boleh tutup dengan mekap dan Camera 360,” tulisnya dalam salah satu gambar yang dimutnaik semalam.

Bertunang dengan Mohd Azijja Zafran Zahrani, pasangan ini merancang untuk bernikah pada Mac 2015 pada awalnya namun perkembangan terbaru ini nampaknya mereka telah mempercepatkan perkara yang wajib terlebih dahulu. Bagus dan boleh dicontohi pasangan ini.

Pada insiden hitam yang berlaku pada 30 November 2014 itu, Nur Shafiqa telah diserang ketika rumahnya dipecah masuk oleh dua lelaki dan ketika itu beliau bersama ibunya sahaja di rumah. 
 
 
Selain kecederaan, kedua dua mereka kehilangan harta benda bernilai hampir RM10,000. (H/T OH! MEDIA)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.