Khairuddin Abu Hassan yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap
1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipecat sekiranya benar ahli
perniagaan itu kini diisytihar muflis, kata Pemuda Umno Batu Kawan.
Ketuanya, Mohd Hilmie Ibrahim semalam menyerahkan memorandum dan
beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja
Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi menyiasat dakwaan itu.
“Kami
harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu
seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih
memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.
“Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan
Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138
syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis,” katanya seperti
dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Hilmie berkata, jika benar Khairuddin kini diisytihar muflis maka naib ketua Umno Batu Kawan itu perlu dipecat.
Katanya, Perlembagaan parti menetapkan individu yang memegang jawatan dalam Umno tidak boleh diisytihar muflis.
Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak
syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh
dipersoalkan.
Beliau juga dalam satu temubual bersama sebuah
portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja
sebaliknya hanya ‘tidur’.
Hilmie yang menolak dakwaan itu
berkata, Khairuddin cuba bertindak sebagai pemimpin hebat sedangkan
beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang
diwakilinya.
Khairuddin pada Ahad mendakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang menuduhnya membuat laporan palsu terhadap 1MDB.
Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti
laporan berita tentang kenyataan Hilme terhadapnya dan akan membuat
keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.
"Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut.
Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri
kepada polis Bukit Aman?
“Adakah dia ada dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu?
"Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan polis
sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?" katanya di Bukit Mertajam.
Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh
Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh
Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno
Pulau Pinang.
Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan,
sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu
Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis
Seberang Prai Tengah
malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.