" Peruntukan Kawasan Ditolak, Sumbangan Banjir Pun Ditolak. Bodoh Sombong Punya Perangai "
Orang
kata sudahlah bodoh, sombong pula. Sebelum ini pembangkang Selangor
tolak peruntukan RM200k bagi setiap DUN daripada kerajaan negeri
Selangor. Hari ini kerajaan negeri Perak pula tolak pemberian dari
kerajaan negeri Selangor sebanyak RM100k untuk bantuan kepada mangsa
banjir.
Sekurang-kurangnya
terimalah duit itu dan serahkan terus kepada badan-badan yang
berkaitan. Jangan nampak nilai sikit terus nak tolak, kononnya alasan
penghinaan bagai, oi mangkuk orang bagi dah cukup baguslah. Harap UMNO
nak bagi dekat pembangkang haram takdok.
Jadi
cuba hargai pemberian orang. Sikit pada UMNO tetapi tetap tinggi
nilainya dimata rakyat. Korang takpalah dah memang biasa pegang duit
juta-juta. Rujuk bawah ;
SHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Selangor kesal ekoran Kerajaan
Perak enggan menerima sumbangan bernilai RM100, 000 bagi meringankan beban
mangsa banjir di negeri itu.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi
berkata, pendirian Kerajaan Perak itu nyata berbeza dengan Terengganu dan
Pahang walaupun ditadbir parti Barisan Nasional (BN).
IMG-20141230-WA0012Katanya, pegangan politik sempit
sepatutnya diketepikan dalam waktu sukar seperti bencana banjir ketika ini.
“Seperti di Terengganu, kita dimaklumkan wang berkenaan akan
diuruskan badan bukan kerajaan (NGO), yang mana itu adalah cara matang dan betul.
“Malangnya, Perak tidak sudi menerima, mungkin jumlahnya
kecil tetapi jumlah bukan persoalannya kerana kita mahu tunjukkan kebersamaan
rakyat Selangor dengan mangsa banjir,” katanya kepada Selangor Kini, di sini,
hari ini.
Sehubungan pendirian Perak itu, Daroyah berkata, Kerajaan
Selangor tidak dapat meneruskan hasrat menyampaikan sumbangan ke negeri itu.
dr daroyahBagaimanapun, pasukan PANTAS Selangor tetap
dihantar bagi membantu sukarelawan terutama di kawasan terjejas teruk seperti
di Kuala Kangsar.
“Buat masa ini, kita masih belum ada keputusan bagaimana
sumbangan itu boleh disalurkan kepada mangsa banjir Perak. Mungkin kita akan
salurkan kepada NGO, tetapi segalanya akan diputuskan pejabat Dato’ Menteri
Besar,” katanya.
Terdahulu, Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar,
Mohamed Azmin Ali turun sendiri ke negeri dilanda banjir bagi menyampaikan
sumbangan bernilai RM 1 juta (Kelantan) dan masing-masing RM 100, 000 di Pahang
dan Terengganu. Selangor Kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.