“Kenapa orang (dalam) penjara makan seperti binatang?”
Begitu luahan Hamizah Che Amat, isteri kepada penulis blog Amizudin Ahmat yang dipenjara kerana menghina mahkamah ekoran terus menyiarkan artikel fitnah terhadap bekas menteri Tan Sri Rais Yatim (bawah).
Hamizah hari ini tampil dengan dakwaan layanan buruk terhadap suaminya itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bersama peguam dan NGO Jingga 13.
“Pada hari ketiga saya melawatnya, dia tak bersalin pakaian, nak solat, sembahyang pun tak ada air.
“Makanan yang diberikan kepadanya ibarat makanan kucing. Ikan berbau busuk, belum makan sudah tahu (busuk).
“Kalau pihak penjara buat macam ini kepada semua orang, kena fikirlah kita ini bukan binatang, kita manusia.
“Jadi saya terkilan sangat, penjara melayan orang macam ini ke? Kita manusia, ada hati dan perasaan, Cuba mereka orang duduk dalam, apa perasaan mereka?” kata Hamizah dengan marah.
Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya perbelanjaan kerajaan sehinggakan banduan diberi layanan seteruk itu.
'Ini dikatakan hina mahkamah?'
Hamizah terus mempertahankan tindakan suaminya yang hanya menulis dan “menyimpan” tulisan dalam blognya Sharpshooter.
“Ini dikatakan hina mahkamah? Saya tak faham apa maksud hina mahkamah,” soal Hamizah.
Sementara itu, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa pula berkata Amizudin dibawa ke sebuah sel bersama sembilan orang penjenayah dan keesokan harinya dipindahkan ke bilik bersebelahan bilik hukuman gantung.
“Kemudian beliau dipindah ke blok RSD (klinik penjara) dan diasingkan atas kategori keselamatan dan kini berseorangan diri,” jelasnya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi penjara berhubung dakwaan itu.
Amizudin (kanan) dihantar ke penjara pada 8 Januari lalu selepas gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah lebih rendah itu sebelumnya mendapati dia bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.
Ketika keputusan disampaikan, Amizudin digari oleh polis menyebabkan suasana sedih menyelubungi mahkamah.
Malah Amizudin dan anggota keluarganya dilapor kelihatan mengesat air mata.
Sebelum dihantar ke lokap polis, dia sempat melambaikan tangan sambil berkata: "Assalamualaikum, lawan tetap lawan".
Penjara: Amizudin dilayan baik
Sementara itu, The Star Online melaporkan Timbalan Pengarah (Bahagian Dasar) Jabatan Penjara Supri Hashim sebagai berkata Amizudin diberikan layanan baik selaras dengan peraturan dan undang-undang penjara.
“Makanan diberikan menuruti diet seimbang yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, dalam keadaan bersih dan diperiksa sebelum diberikan,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi portal itu hari ini.
Beliau juga dilapor berkata minuman dihidangkan dalam bekas tertutup dan setiap banduan diberikan cawan plastik sendiri atas alasan keselamatan.
Ketika ini, lapor portal itu, Amizudin ditempatkan di biliknya sendiri yang mempunyai lampu, katil dan tandas sendiri.
Amizudin juga dilapor diasingkan daripada banduan jenayah kerana dia ditahan bawah pertuduhan awam.
Supri berkata Azimudin juga diberikan dua pasang pakaian.
Ketika dihubungi pada Rabu malam, lapor The Star Online lagi, Hamizah mengesahkan bahawa tempat tinggal dan layanan diterima suaminya di penjara bertambah baik berbanding tarikh sabitan kesalahannya sebelum ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.