Berita ini pasti tidak mengejutkan anda. Moleklah tu.. blogger
Umno, RBF Online sebar berita palsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia.
Yang bestnya, rujukan berita dari Utusan Online. Blogger yang suka sebar
palsu dan pernah di saman dan kali ini terkantoi kerana sebar palsu
dari Utusan.
Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam.
Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik.
Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. ~utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.