NAJIB PULANG KE KL BERSAMA FLOM
Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM
Published: 5 January 2015
Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata
Datuk Seri Najib Razak tidak menaiki jet rasmi kerajaan untuk pulang
dari Hawaii, di mana beliau dan Presiden Barack Obama bermain golf dan
aktiviti lain, kerana masalah teknikal.
Jet rasmi kerajaan yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
ke Hawaii tidak digunakan seterusnya untuk tujuan peribadi, kata Pejabat
Perdana Menteri (PMO).
Dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran
Datuk A Kadir Jasin, PMO berkata Najib tidak menggunakan jet rasmi itu
pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu disebabkan “masalah teknikal”.
“Perdana menteri menaiki pesawat komersial
melalui Hong Kong di mana seterusnya beliau dijemput Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) terus ke Kota Baru,” kata PMO kepada Kadir yang
disiarkan di blognya hari ini.
“Langkah ini diambil ekoran jet yang digunakan perdana menteri dan keluarganya ke Amerika Syarikat berdepan masalah teknikal.
“Jet itu tidak ditinggalkan untuk kegunaan ahli keluarga perdana menteri. Ia juga tidak berada di Indianapolis.”
Bagaimanapun, laman penjejak pesawat Flight
Radar 24 menunjukkan pesawat rasmi itu dengan nombor pendaftaran 9M-NAA
mendarat di Indianapolis dari Los Angeles pada 6.52 pagi waktu Malaysia
pada 26 Disember.
Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Los
Angeles pada 1.40 petang waktu Malaysia dari Honolulu, Hawaii yang
merupakan destinasi percutian Najib.
Najib sepatutnya menggunakan pesawat
kerajaan, Airbus A319 itu untuk kembali ke Malaysia dua minggu lalu
tetapi sebaliknya menggunakan pesawat TUDM.
Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri
pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib
memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf
bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan
akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.
Pengguna media sosial juga bertanya ke mana
perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur
dilanda banjir besar.
Jet 9M-NAA itu selamat mendarat di Lapangan
Terbang Subang pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20
malam.
Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib
terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24
menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.
Menurut Bernama yang memetik laman Facebook
Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha
untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila
Malaysia dilanda banjir. – 5 Januari, 2015.
Ini pula data dari laman penjejak pesawat Flightrader24:
KONONNYA TAK BERADA DI INDIANAPOLIS |
Ingat lagi tak sebelum ini Lokman Adam dalam twitternya kata pesawat itu diselenggara di Indianapolis?
1) Dato Seri Najib yang mengambil keputusan mengejut untuk pulang ke Malaysia dan menghentikan misi diplomatik beliau perlu mendapatkan kebenaran awal untuk terbang, ini menyebabkan beliau terpaksa menggunakan pesawat commercial untuk pulang. Selain dari itu, jet tersebut memang shedule untuk maintainance di indianapolis. Keluarga PM tak ke Indianapolis pun.
2) Lepas siap diselenggara, dan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan jet tersebut adalah kecil, jet tersebut tidak memilih laluan Taipei yang lebih singkat, sebaliknya melalui London dan Dhubai.
3) Bagaimana mungkin Datin Seri Rosmah sempat bershopping sakan dalam keadaan tempoh singgah untuk mengisi minyak di London dan Dhubai tidak sampaipun 2 jam.
4) Jet tersebut kini di Bangkok kerana PM kita mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan PM Thailand General Prayut Chan-o-cha.
Cukup-cukuplah dengan fitnah kalian, baik gunakan otak dan tenaga yg ada tu untuk fikir bagaimana kita boleh bantu mangsa banjir.
Lokman Adam Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas
Kalau jet itu tidak ke Indianapolis, seperti kata PMO, jet apa yang
memakai nombor 9M-NAA itu? - yang menurut Lokman Adam diselenggara di
Indiapolis? Ada klon kah? Wah! Bahaya ni... Patutle Rosmah risau minta
tolong macai lindungi dia dari orang jahat.
Tidak lucu langsung!
Yong tak kisah kalau Rosmah nak shopping di Bangkok. Tetapi tidakkah
menjadi kebetulan yang pelik pesawat 9M-NAA itu juga sampai di Bangkok?
Bagaimana agaknya Rosmah terbang dari Hawaii ke Bangkok? Kalau benar dia
tak guna pesawat rasmi negara, kenapa tak terus balik ke Malaysia dan
kemudian pergi semula dengan PM ke Bangkok? Bukankah itu lebih elok dan
tidak menimbulkan "fitnah"?
Terlalu banyak persoalan...
To cover a big lie, manufacture another lie and another lie and another lie....
Kalau wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin rasa tak puas hati dengan tadbir-urus negara kini, kita rakyat Marhein sudah tidak terkata...
Terlalu banyak persoalan...
To cover a big lie, manufacture another lie and another lie and another lie....
Kalau wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin rasa tak puas hati dengan tadbir-urus negara kini, kita rakyat Marhein sudah tidak terkata...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.